Kerja Kursus Pendidikan Islam

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 🙋🙋 Pada post kali ini saya akan kongsikan tugasan kerja kursus bagi subjek MPU3092 Pendidikan Islam pada semester 4 PISMP. Dalam tugasan ini, saya dikehendaki menganalisis sistem-sistem dalam agama Islam dan membincangkan kesan serta cabaran pelaksanaannya dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Penulisan yang dibuat haruslah disokong dengan dalil-dalil aqli dan naqli serta pendapat ulamak muktabar.

Laporan Program Gaya Hidup Sihat

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 🙋🙋 Pada post kali ini saya akan kongsikan tugasan keempat iaitu yang terakhir bagi subjek elektif GHSS3013 Gaya Hidup Sihat pada sem 5PISMP ini. Tugasan keempat mengkehendaki kita membuat laporan berdasarkan program gaya hidup sihat yang dijalankan pada tugasan ketiga.

Perancangan Program Gaya Hidup Sihat

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 🙋🙋 Pada post kali ini saya akan berkongsikan tugasan ketiga subjek elektif GHSS3013 Gaya Hidup Sihat pada sem 5PISMP dimana tugasan ketiga ini kita dikehendaki membuat satu perancangan program gaya hidup sihat. Dan tugasan ketiga dan keempat adalah berkaitan (tugasan keempat akan ada pada post seterusnya iaitu laporan program gaya hidup sihat)

Isu Penyalahgunaan Bahan: Ubat Tradisional Dicampurkan Racun

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 🙋🙋 Seperti yang diperkatakan pada post lepas, post kali ini saya akan kongsikan tugasan kedua untuk subjek elektif GHSS3013 Gaya Hidup Sihat pada semester 5PISMP.
         Dalam tugasan kedua ini, kita dikehendaki membuat satu penulisan ilmiah mengenai sesuatu isu dalam konteks gaya hidup sihat. Saya memilih isu ubat tradisional dicampurkan racun kerana ketika itu isu ini sedang hangat diperkatakan di dada akhbar dan kita memiliki kurang kefahaman mengenai ubat tradisional pada zaman moden ini - kita ingatkan apabila menyebut ubat tradisional, kita fikirkan ianya 100% bahan semulajadi, rupanya tidak tuan puan sekalian. Inilah zaman semua fikirkan asalkan duit, semua jalan. Eh! terlebih pula diri ini berbicara 💆💆

Perbentangan Gaya Hidup Sihat: Isu Penyalahgunaan Bahan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 🙋🙋 Pada post kali ini saya akan berkongsikan mengenai tugasan kerja kursus subjek elektif iaitu GHSS3013 Gaya Hidup Sihat pada semester 5PISMP. Bagi subjek ini, terdapat 4 tugasan yang perlu dibuat dan saya akan kongsikan secara berperingkat. 
          Pada post ini saya akan kongsikan tugasan pertama iaitu perbentangan. Setelah dicabut undi, saya mendapat isu penyalahgunaan bahan dimana saya perlu membentangkan permasalahan yang ada dalam penyalahgunaan bahan ini di negara kita.

Laporan Temu Bual Kerja Kursus Budaya dan Pembelajaran

Assalamualaikum dan salam sejatera semua 🙋🙋 Pada post kali ini saya akan berkongsikan tugasan pertama kerja kursus bagi subjek EDUP3073 Budaya dan Pembelajaran. Dalam tugasan ini saya dikehendaki melakukan temu bual untuk mendapatkan maklumat berkaitan aspek, kesan dan implikasi kepelbagaian sosiobudaya di Malaysia terhadap pengurusan bilik darjah mesra budaya.
         Untuk melakukan temu bual ini, kami telah pergi ke SK Kuaters KLIA. Tapi sebelum bergerak ke sana, kami perlu terlebih dahulu memahami teori-teori berkaitan interaksi sosial dan merangkakan soalan-soalan untuk temu bual mengenai kepelbagaian sosial (tapi yang pelik bin ajaib, kami ke kelas pendidikan khas dan memang tujuan utama ke sekolah berkenaan adalah untuk bertemu murid berkeperluan khas. Tapi tapi tugasan mengenai sosiobudaya yang mana lebih terarah kepada kepelbagaian kaum di Malaysia. Malaslah nak komen lebih pasal mende ni semua lecturer punya kerja - faham-faham jelah. Oleh itu kami telah menggembleng segala akal fikiran agar disesuaikan dengan situasi ini sambil menginsafkan diri kami untuk sentiasa berkhidmat sebagai guru tanpa memilih tahap keupayaan klien 😭😭)

Penulisan Akademik Kerja Kursus Budaya dan Pembelajaran

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 🙋🙋 Pada post ini saya akan kongsikan tugasan kedua kerja kursus untuk subjek EDUP3073 Budaya dan Pembelajaran bagi semester 4PISMP. Tugasan pertama saya kongsikan pada post yang seterusnya.
          Dalam tugasan ini, saya dikehendaki merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk meningkatkan 'unity ini diversity' dalam bilik darjah mengikut model pengurusan bilik darjah mesra budaya yang dipelajari. Kemudian, saya perlukan hasilkan pula infografik untuk menunjukkan hubungkait antara aktiviti PdP yang dirancang dengan model pengurusan bilik darjah yang mesra budaya.

Penulisan Apresiasi Fotografi

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙋🙋 Seperti apa yang saya katakan pada post yang lepas, post kali ini saya akan berkongsikan pula tugasan ke-4 bagi kerja kursus FTGK3013 Fotografi dimana saya perlu memilih 2 hasil karya rakan saya daripada tugasan ke-2 dan menilai berpandukan nilai-nilai murni dan estetika.

Laporan Fotografi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 🙋🙋 Pada post kali ini saya ingin berkongsikan kerja kursus untuk elektif terbuka pada semester 7 PISMP iaitu FTGK3013 Fotografi. Ini adalah tugasan yang ketiga dimana saya perlu menghasilkan laporan fotografi setelah selesai tugasan pertama dan kedua. 
         Dalam tugasan pertama, saya perlu menyediakan satu e-portfolio dimana di dalam e-portfolio berkenaan mengandungi 30 keping gambar yang terdiri daripada 10 teknik yang berbeza. Anda boleh melayari di sini 👉👉 https://www.flickr.com/photos/158356041@N04/ untuk melihat hasil karya saya. Tugasan kedua pula, saya perlu memilih 2 keping gambar daripada 30 keping gambar untuk dipamerkan dalam satu pameran fotografi. Daripada 2 keping gambar ini, saya akan menghasilkan laporan untuk tugasan ketiga. Tugasan keempat pula, saya akan membuat penulisan apresiasi dimana saya akan kongsikan pada post akan datang. Sabar ye 😚😚

Kerja Kursus Wacana Penulisan

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙋🙋 Pada post kali ini saya akan berkongsikan kerja kursus GWP1092 Wacana Penulisan. Tugasan ini mengkehendaki saya untuk menulis satu wacana mengenai transformasi keguruan menjadi profesion pilihan kerana ketika ini dunia pendidikan negara sedang hangat memperkatakan isu yang terdapat pada anjakan yang keempat iaitu Transformasi Keguruan Menjadi Profesion Pilihan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025.

Kerja Kursus Statistik Asas

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 🙋🙋 Pada post kali saya akan kongsikan kerja kursus GSA1072 Statistik Asas pada semester 2 PPISMP. Kerja kursus ini terbahagi kepada 2 tugasan iaitu membuat peta pemikiran dan laporan statistik mengenai sesuatu isu di negara kita.
         Pada bahagian peta pemikiran, kita dikehendaki membezakan populasi dengan sampel, statistik, pemboleh ubah, dan skala menggunakan peta pemikiran i-think. Manakala pada bahagian laporan statistik pula, kita perlu mengkaji sesuatu isu yang berlaku di negara kita dimana saya mengambil isu keganasan terhadap kanak-kanak. Kemudian kita perlu mengumpul data dan membincangkan impaknya kepada masyarakat dan negara.

Kerja Kursus Asas Perniagaan dan Keusahawanan

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙋🙋 Pada post kali ini, saya akan berkongsi kerja kursus untuk subjek RBT1054 Asas Perniagaan dan Keusahawanan semasa semester 2 PPISMP. Dalam tugasan ini, saya dikehendaki menyediakan satu laporan penyiasatan mengenai satu entiti perniagaan.
           Laporan tersebut mengandungi empat subtopik iaitu persekitaran perniagaan, fungsi perniagaan, bantuan dan sokongan perniagaan, serta etika perniagaan. Entiti perniagaan yang dipilih adalah Sash Apparel House (masa inilah saya merayap hampir satu Seremban nak cari kedai baju yang murah dengan berbekalkan sebijik motor, alang-alang nak buat baju korporat untuk satu batch saya, terkena pula dapat tugasan cemni, apa lagi terus masukkan nama kedai ni sebagai penghargaan kasi harga murah. Mengimbau kenangan betul hahaha).

Kerja Kursus Pendidikan Islam

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 🙋🙋 Pada post kali ini, saya akan berkongsikan penulisan kerja kursus bagi subjek GPI1083 Pendidikan Islam. Dalam kerja kursus ini, saya dikehendaki membuat satu penulisan mengenai manusia sebagai khalifah dan menganalisis peranan ibu bapa sebagai khalifah serta isu kekeluargaan yang timbul.